Sunday 20 July 2014

'MIND SET' STUDENT SENI BINA LANDSKAP

      ‘Mind Set’ adalah keperluan bagi setiap bidang memandangkan setiap bidang mempunyai nature dan persekitaran yang berbeza . Langkah ini perlu kerana ianya bertindak untuk mencapai kecemerlangan dan kesempurnaan dalam bidang tersebut . Perbezaan ‘mind set’ ini jelas apabila tiba kepada perincian cara pembelajaran sesuatu bidang . Dalam Seni Bina Landskap atau Landscape Architecture , student yang menceburui bidang ini perlu membentuk satu ‘mind set’ yang jelas dalam mindanya agar dapat mempercepatkan langkah (menjadi ‘Fast learner’) mencapai kemahiran seni bina landskap yang sempurna (KPI memperoleh 4.00) memandangkan masa untuk mengasah kemahiran tersebut amat singkat . Berikut adalah ‘mind set’ yang perlu dibugar dalam minda setiap bakal arkitek landskap ini .

1)Mind set of tauhidic paradigm , paradigma tauhid
     ‘Mind set’ yang pertama ini merupakan perkara wajib (must without excuse) . Student perlu mempunyai paradigma tauhid apabila mempelajari bidang ini . ‘Mind Set’ paradigma tauhid ini bermaksud merasai kebesaran kekuasaan Allah yang Maha Esa (the oneness of Allah) apabila melihat landskap dan melaksanakan setiap proses reka bentuk landskap. Ia juga bermaksud paradigma yang berhubung kait dengan Allah , berhubung kait dengan Manusia , dan berhubung kait dengan alam sekitar , seterusnya ketiga-tiga ini terangkum bersama dibawah kekuasaan Allah yang Maha Esa . Paradigma yang dikenali sebagai anthropocentric view ini merupakah falsafah atau tulang belakang kepada bidang ini . Tanpa paradigma tauhid , matlamat student itu hanya mensasarkan goal , but not the ultimate goal . Ianya juga seperti excellence without the soul , jika student itu mendapat 4.00 dalam design tetapi tiada paradigma tauhid . Hakikatnya , paradigma tauhid inilah yang mengindah dan memantapkan lagi survival student seni bina landskap . Belajar dengan jiwa yang besar dan matlamat yang besar mengasah kekuatan student menghadapi nature bidang ini . When God is our goal , every steps become positive and easier . Apabila anda berasa sesuatu cabaran dan masalah dalam bidang ini besar , ingatlah Allah Maha Besar dan lebih besar daripada masalah itu , dan Dialah yang akan membuatkan masalah itu menjadi kecil dek kerana kebesaranNya .
2) Mind set of learn from others
     Kata-kata hukama menyebut ‘apabila bertemu orang tua , usah ditanya apa cita-citanya , tapi tanyalah pengalamannya’ .Orang tua dalam konteks ini merujuk kepada senior  yang telah melalui pengalaman lebih awal dalam bidang seni bina landskap . Inilah langkah fast track yang amat penting , perlu dijadikan mind set oleh setiap student seni bina landskap . Learn from others experiences , kita tidak perlu melalui pengalaman terutama pengalaman negatif dengan mengambil pesanan – pesanan berbentuk realiti daripada senior . Senior juga berpengalaman terhadap bagaimana cara mencapai kesempurnaan dalam bidang ini . Jadi , ambillah peluang ! Manfaatkan cara berdasarkan idea senior untuk memperolehi A dalam subjek dan kemahiran . Mind set ini menjadi amat urgent lebih-lebih lagi bila memikirkan masa , time are limit to gain yourself through your own experiences , so learn from others experiences are the short cut . Idea senior juga kena pada tempatnya , sebab pengalamannya dalam subjek telah menunjukkan hasil , seterusnya hasil itu telah dinilai cara yang bersesuaian untuk diaplikasi . Misalnya menggunakan medium mewarna yang cepat dalam tempoh masa yang diberi adalah singkat . Senior juga boleh memberi idea-idea yang advance seterusnya menjadikan pengetahuan orang yang bertanya lebih advance daripada tahun mereka menuntut . Oleh itu , menjadi fast learner adalah advance mind set yang penting dan dapat memberi banyak faedah . Berukhwahlah dengan senior !

3) Mind set of integration
     Mind set of integration . Integrasi , bermaksud menghubungkait atau buat perkaitan . Sedar tak sedar , ramai student dah ada mind set ni dan telah mempraktikkannya . Caranya mudah , teori-teori yang telah dipelajari diaplikasikan dalam design .Subjek-subjek bidang seni bina landskap seperti sains alam sekitar , sejarah seni bina landskap , teknik design , jenis-jenis tumbuhan , seni halus , construction diintegrasikan menjadi satu gambaran penuh bidang seni bina landskap . Barulah hasil design tu nampak realistik dan idealistik . Selain itu , kita dapat tau apa peri pentingnya kita belajar sesuatu subjek itu . Landscape constrcution misalnya , bila kita integrasikan dengan design baru kita dapat tahu sesuatu design itu sesuai atau tidak , bajet besar atau kecil . Mind set ini seperti puzzle , tak lengkap satu , tak sempurna . Kena cantumkan semua menjadi satu gambar . So, you must being able to integrate the field of knowledge to become one . Design mesti lebih teliti dan sempurna . Insya-Allah .

4)  Mind set spontan-spontan berhikmah
     Bila cakap pasal seni , ramai ahli seni menghasilkan karyanya dengan spontan . Style spontan itulah menampakkan kecantikan . Masa pun dapat jimat sebab tak perlu banyak fikir sebab spontan , redah je . Banyak fikirlah kadang-kadang makan masa kita , dan selalunya ialah punca kerja kita jadi last minute . Memang mengerikan , kena jadi zombi full time pula selepas tu . Tapi kalau spontan sangat pun tak boleh juga . Hasil-hasil yang spontan sangat biasanya akan kurang pada fungsi design , walaupun nilai estetiknya dari pandangan pelan nampak cantik . Jadi yang terbaik adalah dengan mind set spontan-spontan berhikmah . Jadi macam mana nak aplikasi mind set ini dalam design ? Caranya dengan kita design dengan jiwa yang spontan sambil kita dah faham cara nak kembangkan design kita . Misalnya , dari satu bentuk bulatan , kita kembangkan menjadi satu pelan berkonsepkan bulatan . Buat dengan yakin bahawa hasilnya mesti cantik . Kadang-kadang mind set ni ada musuhnya . Musuhnya adalah rasa tak yakin , ragu-ragu , “Design aku ni ok ke akhirnya nanti ?” . So, jangan hiraukan dengan kata pada diri ”Belum siap belum tau”. Maksudnya bila design tu dah berkembang dan siap barulah nampak sempurna . Taklah asyik nak tukar-tukar design sampai time management terganggu . Ingat, spontaneous makes perfect . This is art !

5) Mind set of sketching
     Kalau nak sihat , kenalah bersenam . Kalau dalam bidang seni bina landskap ini , senaman yang baik adalah sketching . Barulah jari tu sihat . Lukisan pun bertambah sihat . Mana tak nya , setiap kali nak buat design ,mesti kena lukis perspektif . Bukan senang , kena lukis hardscape , tumbuh-tumbuhan , orang beraktiviti dalam 3D . Mind set ini sebenarnya perlu jadi senaman harian untuk student . Barulah nampak realistik perspektif tu . Kalau tak , jadi pelik nanti . Tambah-tambah lagi , lukisan perspektif inilah yang boleh memberi gambaran jelas fungsi design kita tu . Tapi sketch dalam bidang ini ada style nya , lukis berdasarkan grafik landskap . Boleh rujuk buku grafik landskap . Ia nya mempunyai cara sketch yang tersendiri . Berbeza dengan fine arts yang lebih detail . Dapatkan feel sketching tu . Lama-lama , bila hasil sketch dah cantik , barulah minat itu timbul . So, sketch should be your habit and your routine .
    
6) Mind set of feeling the nature
     Feel the nature . Inilah mind set yang perlu ada dalam diri student seni bina landskap . Bila landskaplah amanahnya , perkara yang dipandang , dipelajari hari-hari , mestilah perlu ada rasa emotional pada landskap . Lagipun inilah salah satu cara berzikir , ingat pada Allah dengan cara menghayati alam ciptaannya . Boleh je dalam sehari tu , naik basikal dan round-round di tempat-tempat yang tenang , banyak pokok-pokok , juga memerhatikan biodiversiti yang ada di sesuatu ekosistem . Dapatkan feel tu , dapatkan rasa syukur dengan nature anugerah tuhan dan rasakan kuasa tuhan disebalik ciptaan nature ni . So, bila design nanti , kita rasa lebih menghargai perkara yang kita design tu . Go and feel the nature !

7) Mind set of travelling
     Kalau nak diceritakan , banyak betul seni bina landskap hasil arkitek landskap di Malaysia ini . Lebih-lebih lagi di luar negara , contohnya macam Australia . Tempat-tempat inilah perlu student seni bina landskap travel . Ia seperti muzium untuk student seni bina landskap . Di Malaysia , tempat yang the best of the best adalah Putrajaya . Kalau nak diikutkan , Putrajaya adalah tempat yang betul-betul aplikasikan unsur-unsur seni bina landskap , apalagi kalau bukan unsur ecological design . Kalau di luar negara pula , boleh travel ke Central Park di America . Bila travel tu , jangan lihat dengan kaca mata visitor , tapi dengan kaca mata landscape architect .Boleh tengok macam mana fungsi sesuatu tempat itu digunakan sepenuhnya , apa kekurangannya , apa potensinya , sama macam buat analysis and synthesis . Barulah dapat banyak manfaat . Neuron otak pun berhubung dengan banyak . Secara tak langsung juga , kita boleh praktikkan apa yang kita belajar dalam kuliah , ilmu-ilmu teori terutamanya . Dapatlah buat revision sekali . Ada ahli motivasi cakap yang proses mengingat yang terbaik adalah mempraktikkannya , dan travelling adalah salah satunya . So , apa tunggu lagi ?

     Tanpa berlengah lagi , jom mind set . Jadikan ia satu habit . Pasti mind of designer itu akan muncul . Bila mind set dah ada , barulah tau apa yang perlu kita buat untuk berjaya dan feel dalam bidang ini . Apa-apa pun yang paling penting adalah untuk dapatkan mind set of tauhidic paradigm , barulah boleh dikira betul-betul feel dan memudahkan mind set yang lain . Semoga kita sama-sama menjadi student seni bina landskap yang terbaik dan cemerlang dunia dan akhirat .

     

‘MENDASARI DAKWAH DENGAN PENGHAYATAN CINTA RASUL’

     Kita berdiri dalam gerakan Islam ini atas dasar dakwah Islamiyyah mencapai matlamat Rahmatallil‘alamin . Misi ini menyebabkan kita perlu berlari merentasi segenap penjuru bumi . Jalan yang panjang untuk tiba di destinasi keredhaan ilahi ini memerlukan kita menggarap kekuatan hati . Ada kalanya , hati akan terguris , lemah dan ‘berdarah’ disebabkan ujian yang terbentang di lapangan perjuangan ini . Oleh itu , hati yang ada di dalam diri kita ini perlu ada pemantauan seorang doktor hati . Ketahuilah bahawa doktor hati itu adalah Sayyiduna Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wa sallam yang kita cintai . Meniliti semula dengan penghayatan yang mendalam terhadap perjuangan dakwah para sahabat Radhiyallahuanhum akan menemukan kita kepada satu dasar yang mendasari semangat juang mereka iaitu cinta Rasul Sollallahu ‘alaihi wa sallam . Satu penyembuh yang membuatkan hati yang mati menjadi hidup , satu penawar yang menyebabkan ketakutan kepada mati berubah kepada kecintaan kepada mati ,satu wangian yang apabila wujud di dalam hati maka keharuman cintanya akan turut dihidu oleh insan sekeliling . Cinta kepada insan yang kedudukannya lebih tinggi daripada akhlak ini terpancar pada para sahabat Radhiyallahuanhum ketika perang Uhud . Kisah Tolhah bersama – sama 10 orang ansar melindungi Sayyiduna Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wa sallam yang diserang tentera Quraisy . Apabila tentera Quraisy ingin menyerang Sayyiduna Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wa sallam , 11 para sahabat ini atas dasar cinta yang suci telah bertindak menjadi perisai kepada Sayyiduna Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wa sallam . Mereka menginfakkan tubuh badan mereka untuk menggantikan benteng kepada pedang – pedang tajam tentera Quraisy . Manifestasi cinta ini menyemarakkan semangat jihad sehinggakan Tolhah cedera dengan 70 kesan kecederaan yang kesannya dengan saiz yang boleh dimasukkan tangan . Inilah kekuatan kesanggupan yang lahir daripada cinta Rasul . Satu tauladan yang sepatutnya kita berdayakan bersama – sama demi mendasari pembinaan sahsiyah Islamiah yang menjadi asas pertama kehidupan serba Islamiah yang lebih luas seperti yang dinukilkan dalam ‘Garis – garis Besar Haluan Perjuangan' oleh Al-fadhil Dato’ Dr. Siddiq Fadil .

     Mewujudkan cinta Rasul dalam hati , cinta kepada insan yang tidak pernah kita lihat dengan mata , juga diistilahkan sebagai membina tautan hati ( Ta’aluq Qalbi ) . Al-fadhil Ustaz Hazri Hashim Al-Bindany ketika pengajian kitab Badayatussul Fi Tafdhili Ar-Rasul , karangan Al-imam Sultan Al-ulama Izzuddin Abdul Aziz Bin Abdul Salam Al-sulami telah menggariskan ‘3 special steps’ ke arah mewujudkan tautan hati bersama Rasul Sollallahu ‘alaihi wa sallam iaitu ; 1) Mengenali keindahan sifat fizikal Sayyiduna Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wa sallam melalui kitab Syamail Muhammadiyyah . 2) Menghayati sirah Nabawiyyah . 3) Wujudnya Ta’aluq Qalbi iaitu tautan hati bersama Ar-Rasul .Mengenali sifat-sifat fizikal Sayyiduna Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wa sallam melalui kitab Syamaill Muhammadiyyah sebagai langkah pertama ke arah mewujudkan ta’aluq qalbi amatlah tepat . Ia nya bersesuaian dengan fitrah insani yang pada awalnya melihat kepada kecantikan lahiriah . Perjalanan mengembara di setiap muka surat kitab ini akan membugar rasa pesona akan kesempurnaan wajah , akhlak , ibadah dan perilaku baginda . Bayangkan sahaja antara bait-bait hadith mengukirkan kata – kata Jabir ibnu Samurah radhiyallahu’an bahawa beliau melihat Rasulullah lalu melihat bulan mengambang yang indah cahayanya , lalu dia berkata “ Sesungguhnya bagi ku baginda lebih cantik (wajahnya) daripada bulan . Cuba perhatikan bulan . Pada bait-bait hadith yang lain pula , orang alim menafsirkan sebuah hadith bahawa Sayyiduna Rasulullah itu lebih tinggi kedudukannya daripada akhlak itu sendiri .Lihatlah dan kajilah betapa pengembaraan memahami kitab Syamail ini dapat menumbuhkan dahan cinta pada Sayyiduna Muhammad Sollallahu ‘alaihi wa sallam .

     Setelah mendalami dan merasakan sifat-sifat kesempurnaan Sayyiduna Rasulillah Sollahu ‘alaihi wa sallam yang diibaratkan insan yang paling berakhlak dengan akhlak Allah dalam kaca mata insan ,perjalanan diteruskan dengan memahami Sirah Nabawiyyah . Langkah ini bagaikan ingin membuahkan satu perasaan dalam diri iaitu setelah merasakan kesempurnaan baginda , bagaimana pula insan yang sempurna ini melalui perjalanan hidup yang penuh ujian ilahi . Kitab Sirah Nabawiyyah karangan Al-Imam Abul Hassan Ali An-Nadwi dan Fiqh al-Sirah karangan Dr. Sa’id Ramadhan Al-Buti antara yang boleh dijadikan tatapan . Antara perkara yang paling hampir dengan diri kita yang tercatat dalam kitabkitab ini ialah bagaimana dengan kesabaran Baginda menahan kesakitan titisan darah dakwah Islamiyyah sehingga di tangan kita sekarang adanya Al-Quran Al-Karim sebagai pemandu hati . Insya-Allah , dengan memahami dan menghayati catatan pengorbanan Baginda dan fasa – fasa peningkatan dakwah Islamiyyah melalui Sirah Nabawiyyah ini akhirnya akan membugarkan gambaran perjalanan kisah kehidupan Baginda dalam minda kita dan membuahkan cinta pada dahan yang terbentuk hasil daripada penghayatan terhadap Syamail Muhammadiyyah .

     Dahan yang telah tumbuh hasil daripada Syamail Muhammadiyyah , disusuli dengan tumbuhnya buah cinta Rasul dapatan daripada Sirah Nabawiyyah , akhirnya atas mujahadah diri menghayati hayatnya Rasulullah ini , insya-Allah akan Allah anugerahkan satu rasa keterikatan dengan Sayyiduna Rasulillah Sollallahu ‘alaihi wa sallam , ta’alluq qalb . Digambarkan oleh al-Fadhil Ustaz Hazri Hashim al-Bindany dalam pengajian Jalan Mengenal Rasulullah tentang perasaan ta’alluq qalb , satu perasaan yang apabila dimiliki , tatkala mengamalkan sunnah Rasulullah , akan teringat padanya . Tatkala mengamalkan sunnahnya , akan rindu padanya . Juga dinukilkan oleh Syeikh Nuruddin Marbu alBanjari iaitu Ta’alluq qalb akan membawa rasa kasih sayang dan cinta kepada Rasul seperti apa yang ditunjukkan oleh para sahabat yang sanggup berkorban apa sahaja demi membela Baginda . Dikalangan mereka ada yang mengatakan kenikmatan dalam hidup ini ada dua perkara iaitu ingin bersahabat dengan nabi dan berpeluang untuk berbuat baik dengan orang lain .

     Semoga Allah mengurniakan setiap daripada kita nikmat Ta’alluq Qalb yang besar dan indah ini .Satu kekuatan yang kita tekuni mendasari dakwah . Satu penyembuh hati tatkala terguris luka . Satu nikmat yang sentiasa rindui dalam setiap gerak geri dakwah jemaah . Semoga dengan dasar ta’alluq qalb ini , membawa kita mencapai orientasi Suffiyun Baht Minan nahiyyat ar-ruhiyyat wa ‘askariyyun baht mina an-nahiyati al-amaliyyat iaitu orientasi sufi semurninya dari segi kerohanian dan ketenteraan setulinnya dari segi kerja dan tindakan , yang dinukilkan oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadil dalam Garis-garis Beasar Haluan Perjuangan .

Tuesday 12 March 2013

DAMPING PENCINTA CINTA

Meratap kehijauan dedaun pohon , ditelusuri dicelah celahnya nur mentari menunjukkan kekuasaan Allah tiada limitnya , mebuat aku teringat hikmah penciptaan muka bumi . Allah ... MasyaAllah tabarakallah ... Lalu ia seolah olah telah menghidupkan hatiku yg pengsan , kembali ada roh utk atiullah . Sesungguhnya saat aku dampingi alam , hati kembali mendampingi Allah . Terus ia mengingat aku kepada hari semalam . Saat aku meratapi wajah pencinta cinta yg abadi , guru talaqqiku . Renung aku ke wajahnya , ingat aku pada Pemilik Cinta . " Melihat wajah orang soleh , dapat ingatkan kita pada Allah " . Minit-minit pendampingan aku dgnnya membawa aku pd cintakan syurga , bencikan neraka , juga cintakan ilmu , bencikan ma'siat . Allah ... andai setiap saatku sebegitu . Curahan air hikmah menyubur dimindaku , insyaAllah juga hatiku . Dalam kitab Ta'lim muta'allim yang mengajar cara menuntut ilmu Allah , ada menerangkan supaya memilih guru berdasarkan kealiman dan kewarakan mereka , supaya kita dapat ikut jejak langkahnya . Ya Allah bertambah rinduku padanya . Nostalgia ini menyebabkan aku rasa ingin menjadi seperti mulai saat ini . Bagaimana dia seorang yang apabila berkata melembutkan jiwa , apabila didampingi menyuburnya cinta ilahi , ketika dilihat sungguh merendah diri . Maka , bila didamping , hidupnya roh sunnah , hidupnya semangat amal , suburnya rasa keinsafan , cinta ilahi . Aku sedar betapa lazatnya , zuqnya mendampingi ulama'

Wednesday 6 March 2013

MENELUSURI JARINGAN HATI

     Di pagi hari , dibuai - buai angin ketenangan , emosi ku terhampar kesejukan , fikiran ku makin dibungai dgn kematangan . Aku berfikir jauh meninggalkan realiti menuju fantasi . Fantasi bukan sekadar fantasi tetapi suatu hari akan menjadi realiti . Insya-Allah . Realiti yang memerlukan aku berfikir wajah serikandi . MasyaAllah , tersentak ! Aku sekarang menjangkau 20an ! Aku perlu memikirkannya . Aku berlindung daripada syaitan yang direjam . Dengan nama Allah Maha Pemurah Maha Penyayang . Aku berharap Allah melindungi aku daripada syaitan ketika memikirkan dia . Berfikir aku sekali lagi . Aku yakin bahawasanya perkara yang aku fikirkan ini adalah matang . Matang adalah berfikir sesuatu yang realiti . Aku melontarkan suara ketegasan dalam diriku . Huh ! Baiklah . Seringkali aku berfikir untuk bersabar apabila mindaku berkata tentang jodoh sehingga banyak persoalan timbul . Persoalan ini membuatkan aku teringat dikala aku berbincang dengan Fazly soal munakahat . MasyaAllah Tabarakallah . Seronok berkongsi Ilmu dengan dia . Dia bercerita tentang langkah-langkah ke arah membina syurga dunia . Bermula dengan taqdim , tunang , dan nikah . Tambahan , aku teringat pula kata - kata seorang sahabatku ini bahawa jika jujur telefonlah ibubapanya . Tapi kata - kata sahabatku ini bagi ku amatlah jauh . Tapi ye ke jauh lagi ??? Aku dah 20an ! Tegasku lagi ! Baiklah , telah ku lihat di mata mindaku calon yang aku minati . Pilihan atas sebab agama . Moga juga pilihan Allah . Lalu aku berkonklusi , perlu aku bersabar sehingga Allah menegur hatiku , INILAH MASANYA ! MENELUSURI JARINGAN HATI ! Akan aku putuskan kata - kata fitrah . Insya-Allah

Saturday 2 March 2013

KE ALAM FANA


     Di keheningan pagi sambil bunyi angin melompat masuk ke telinga , aku melihat masa di laptop sahabatku menunjukkan pukul 3 pagi . Pelbagai perkara bermain di mindaku seolah-olah perkara - perkara itu bagaikan pasir - pasir tertimbun antara satu sama lain lalu membentuk gunung . Aku berasa sedikit terbeban . Tetapi segala - galanya hilang bagaikan 'hilangnya masalah apabila tidur lena' apabila aku mengenangkan majlis TALAQQI . Ia bagaikan satu perkataan yang membawa aku ke alam yang fana . Aku seolah olah terbang meninggalkan dunia yang penuh fatamorgana . Terkenang mengalir air jernih kerinduan mengenang wajah guru Talaqqiku , Ustaz Muhadir dan Ustaz Hazri . MasyaAllah tabarakallah ( perkataan yang selalu diucapkan ustaz Muhadir apabila terasa sesuatu perkara yg hebat ) TALAQQI ini telah membawa aku ke satu sempadan yang sangat tak dapat dibayangkan . Teringat aku dikala duduk sahaja di dalam majlis TALAQQI ini , hati ini terasa penuh dgn penghawa dingin . Sejuk , dingin ! MasyaAllah tabarakallah ! TALAQQI ini mengajar aku sejuta satu perasaan . Perasaan yg ingin mencintai Allah dan Rasul sejuta satu kali . Ya Allah ! Kelebihan yang aku dapati dalam Talaqqi ini ialah ketinggian adab terhadap ilmu dan menyucikan diri untuk memperoleh ilmu yg suci . MasyaAllah , aku lihat , memerhati dan menganalisa , sahabat - sahabat yang datang ke talaqqi ini amat amat amat beradab terhadap ilmu . Dari sudut tumpuannya hingga ke cara duduknya sekali . Sungguh tinggi adab mereka . Selain itu , TALAQQI ini juga kelebihannya adalah kelazatan apabila menerima ilmu itu . Ketika menerima penyampaian daripada Ustaz Muhadir , hati aku seperti menerima sesuatu yang sangat lazat , sangat enak , rasa enaknya tak akan dapat diperolah di kelas - kelas kuliah . Lalu , aku teringat kata - kata Ustaz Muhadir iaitu " TALAQQI ini bersanad , disitulah barakahnya " . Mungkin inikah maksud kepada apa yang aku rasakan ? Lalu , aku berfikir sejenak . Inilah bahtera terbaik untuk aku mengenal realiti dan sejarah . Realiti siapakah yang menciptakan aku dan sejarah yang menyebabkan wujudnya Alam yang terbentang horizon di mata kita ini .

LOGO MAJLIS TALAQQI USTAZ MUHADIR



GAMBARAN MAJLIS TALAQQI