Saturday, 2 March 2013

KE ALAM FANA


     Di keheningan pagi sambil bunyi angin melompat masuk ke telinga , aku melihat masa di laptop sahabatku menunjukkan pukul 3 pagi . Pelbagai perkara bermain di mindaku seolah-olah perkara - perkara itu bagaikan pasir - pasir tertimbun antara satu sama lain lalu membentuk gunung . Aku berasa sedikit terbeban . Tetapi segala - galanya hilang bagaikan 'hilangnya masalah apabila tidur lena' apabila aku mengenangkan majlis TALAQQI . Ia bagaikan satu perkataan yang membawa aku ke alam yang fana . Aku seolah olah terbang meninggalkan dunia yang penuh fatamorgana . Terkenang mengalir air jernih kerinduan mengenang wajah guru Talaqqiku , Ustaz Muhadir dan Ustaz Hazri . MasyaAllah tabarakallah ( perkataan yang selalu diucapkan ustaz Muhadir apabila terasa sesuatu perkara yg hebat ) TALAQQI ini telah membawa aku ke satu sempadan yang sangat tak dapat dibayangkan . Teringat aku dikala duduk sahaja di dalam majlis TALAQQI ini , hati ini terasa penuh dgn penghawa dingin . Sejuk , dingin ! MasyaAllah tabarakallah ! TALAQQI ini mengajar aku sejuta satu perasaan . Perasaan yg ingin mencintai Allah dan Rasul sejuta satu kali . Ya Allah ! Kelebihan yang aku dapati dalam Talaqqi ini ialah ketinggian adab terhadap ilmu dan menyucikan diri untuk memperoleh ilmu yg suci . MasyaAllah , aku lihat , memerhati dan menganalisa , sahabat - sahabat yang datang ke talaqqi ini amat amat amat beradab terhadap ilmu . Dari sudut tumpuannya hingga ke cara duduknya sekali . Sungguh tinggi adab mereka . Selain itu , TALAQQI ini juga kelebihannya adalah kelazatan apabila menerima ilmu itu . Ketika menerima penyampaian daripada Ustaz Muhadir , hati aku seperti menerima sesuatu yang sangat lazat , sangat enak , rasa enaknya tak akan dapat diperolah di kelas - kelas kuliah . Lalu , aku teringat kata - kata Ustaz Muhadir iaitu " TALAQQI ini bersanad , disitulah barakahnya " . Mungkin inikah maksud kepada apa yang aku rasakan ? Lalu , aku berfikir sejenak . Inilah bahtera terbaik untuk aku mengenal realiti dan sejarah . Realiti siapakah yang menciptakan aku dan sejarah yang menyebabkan wujudnya Alam yang terbentang horizon di mata kita ini .

LOGO MAJLIS TALAQQI USTAZ MUHADIR



GAMBARAN MAJLIS TALAQQI



No comments:

Post a Comment